August 12, 2010

KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2010

Kem motivasi dan kecemerlangan akademik untuk pelajar SPM SMKA Nurul Ittifaq telah diadakan selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Ogos 2010. Program diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (Wilayah Timur) di Bukit Keluang Besut Terengganu. Pada hari pertama Kem Smartsudy dikendalikan sepenuhnya oleh pengasasnya sendiri , seorang motivator dan jurulatih professioanal, Tn Osman b Affan.
Hari kedua diisi dengan slot Bengkel Menjawab Soalan Fizik dikendalikan oleh Guru Pakar Fizik Cg Sam Hun b Jusoh, Matematik oleh Cg Amran b Ibrahim (PKHEM SMKPNZ) dan Bahasa Inggeris Cg Mas Morni (SMKAWA). Hasil Soal selidik 100% pelajar berpuas hati dengan perjalanan kem terutamanya slot motivasi Smart Study yang telah membuka minda dan menyuntik semangat pelajar untuk merebut kejayaan dalam  SPM November nanti. Banyak juga permintaan supaya En Osman Affan dijemput lagi untuk motivasi sebelum peperiksaan sebenar SPM hujung tahun ini.







2 comments:

tinta suci said...

salam..sejuk hati tgk pelajar2 ni, nampak cahaya.. alhamdulillah, selamat maju jaya untuk smkani

Anonymous said...

Mudah2an mereka berjaya dalam Peperiksaan SPM mereka...amin.

Post a Comment