August 1, 2010

KEM MOTIVASI & KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2010

Kem Motivasi dan kecemerlangan akademik untuk pelajar SPM 2010 akan diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur Bukit Keluang Besut pada 3 dan 4 Ogos 2010. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka selesai pada pukul 5 petang.  Semua pelajar SPM SMKANI seramai 149 orang terlibat dengan program ini. Pengisian hari pertama sepenuhnya Kem Motivasi SmartStudy yang akan dikendalikan oleh Tn Osman b Affan seorang professional trainer yang mengasaskan teknik memori SmartStudy. Diharapkan dengan program Smartstudy ini pelajar akan dapat mempelajari gaya belajar dan mengingat dengan betul dan seterusnya diaplikasikan sebagai menghadapi peperiksaan Percubaan SPM pada 17 Ogos ini.
Pengisian hari kedua Bengkel Fizik yang akan dikendalikan oleh Cg Sam Hun seorang Guru Pakar Fizik, Teknik menjawab Matematik dan Bahasa Inggeris.  Manakala pelajar Prinsip Akaun akan menyertai  bengkel Bahasa Arab dan Prinsip Akaun. Diharap pelajar dapat memberi tumpuan dan kerjasama. Ambillah peluang ini untuk memantapkan lagi kefahaman kita tentang ilmu yang telah dipelajari.

selamat menyerta kem!
HSemua A+ matlamat kami

0 comments:

Post a Comment