Kem Bimbingan Hujung Minggu akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu 25 dan 26 hb Februari 2011.Pelajar-pelajar Tingkatan 5 diwajibkan hadir mengikut jadual yang ditetapkan manakala pelajar Tingkatan 5 IBS hendaklah merujuk kepada Jadual Tuisyen STAR yang telah diedarkan. Mudah-mudahan kem ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan demi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar SPM 2011.
February 21, 2011
February 12, 2011
ANALISIS PENCAPAIAN SPM 2004-2009
Berikut adalah pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) dan pencapaian peratus Perfect Score Semua A pelajar SPM SMKANI dari tahun 2004-2009. Pencapaian GPS menunjukkan peningkatan kualiti manakala peratus pelajar mendapat Semua A juga meningkat. Diharapkan pencapaian SPM 2010 akan lebih baik dengan sasaran GPS dibawah 3.00 selaras dengan visi sekolah SMKANI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.
February 11, 2011
Kelas Tambahan Petang Tingkatan 5
Kelas Tambahan Petang untuk semua pelajar Tingkatan Lima akan dilaksanakan setiap hari Isnin dan Rabu jam 3.30-4.30 petang bermula pada 21 Februari ini. Sehingga bulan Jun Kelas Petang ini akan memberi tumpuan menghabiskan silibus. Selepas Jun pula Kelas akan menumpukan latih tubi peperiksaan. Kehadiran pelajar adalah diwajibkan.
February 1, 2011
Deklarasi Pelajar SPM 2011
Majlis Deklarasi Pelajar SPM telah disempurnakan di Dewan Makan Asrama pada hari Isnin 31 Januari 2011 jam 2.15 petang. Dengan dipimpin oleh Sdr Muhammad Asyraf bin Azman seramai 155 orang pelajar Tingkatan 5 telah melafazkan ikrar akur janji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM. Perfect Score 11A+. Tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai jika disertakan dengan usaha yang sungguh-sungguh.
January 25, 2011
Mesyuarat Pasukan Projek Kecemerlangan SPM
Mesyuarat Pasukan Projek SPM kali yang pertama akan diadakan pada hari Rabu 26 Januari 2011 pada jam 2.00 petang di Bilik Mesyuarat SMKANI. Seramai 36 orang guru Projek SPM dijemput hadir. Mesyuarat akan membincangkan beberapa perkara seperti :
Laporan Pelaksanaan Program Kecemerlangan tahun 2010
Laporan Postmortem pencapaian pelajar dalam PAT Tingkatan 4 2010
Cadangan Program Akademik untuk tahun 2011
Diharapkan mesyuarat ini akan menghasilkan buah pandagan dan respon yang baik dari guru-guru yang terlibat.
Laporan Pelaksanaan Program Kecemerlangan tahun 2010
Laporan Postmortem pencapaian pelajar dalam PAT Tingkatan 4 2010
Cadangan Program Akademik untuk tahun 2011
Diharapkan mesyuarat ini akan menghasilkan buah pandagan dan respon yang baik dari guru-guru yang terlibat.
January 18, 2011
Selamat Datang kedalam Pasukan Projek SPM 2011
Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2011, diucapkan selamat datang kedalam Pasukan Projek SPM 2011. Semoga dengan kehadiran saudara/i akan membawa momentum baru dalam melonjakkan lagi kecemerlangan di SMKA Nurul Ittifaq. Buat para pelajar SPM 2011 buatlah persedian seawalnya. Guru-guru Projek SPM 2011 pula diharapkan dapat mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi serta keikhlasan supaya mereka bukan sahaja mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik, bahkan cemerlang dari aspek akhlak serta iman. Harapan Pasukan Projek SPM 2011 juga supaya pihak pengurusan sekolah dapat memberi sokongan padu kepada setiap program kecemerlangan SPM yang dirancang supaya visi & misi sekolah akan dapat direalisasikan. Insya Allah, kerjasama erat semua pihak mampu mengekalkan tradisi kecemerlangan SMKANI sejak dahulu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ALBUM GAMBAR
Koleksi Soalan SPM
Network Sites
Pendapat Anda Tentang Blog Ini
Kalender 2011
!-end>!-my>
Total Pageviews
ProjekSPM SMKANI(c). Powered by Blogger.
SPM Countdown
SMKA NURUL ITTIFAQ
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel : 09-6919624
Fax : 09-6917401
About this blog
Bersama Gembelingkan Akademik Cemerlang Sahsiah Gemilang
Popular Posts
Labels
About This Blog
This blog is dedicated to not only SPM students in SMKANI but also teachers especially those who are teaching Upper Form. The blog contains information about activities prepared by the school SPM Project Team. Students can also find out their future career after SPM by linking to the link lists provided. Some articles about motivation are also available. Students and teachers can get the latest information about the upcoming events launched by the Project.
Feedjit
About Me
- Saodah M.A
- Administrator



