November 13, 2011

Peperiksaan SPM (14 Nov - 13 Disember 2011)

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada semua 155 orang calon SPM 2011 SMKANI.  Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan baik. Pelajar hendaklah bertenang, mohon doa semoga Allah
mempermudahkan.  Jangan lupa jaga kesihatan, jaga makan minum dan pastikan tidur awal. Selamat Berjaya.  Doa guru-guru sentiasa mengiringi perjuangan anda semua.  All the Best!

November 6, 2011

KEM ELIT SPM 2011

Kem Elit SPM ini adalah program penutup Pasukan Projek SPM SMKANI untuk tahun 2011.  Kem telah dilaksanakan dengan jayanya pada 4 dan 5 November 2011 di Bukit Keluang Beach Resort dan disertai oleh pelajar terpilih seramai 30 orang.  Bengkel matapelajaran yang terlibat adalah Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Fizik dan Bahasa Inggeris.  Fasilitator yang terlibat adalah Ustazah Rohani bt Mustafa (BAT), Tn Hj Raimin b Junoh (MT), Tn Hj Samhun b Jusoh (FIZIK) dan Pn Azhana Hashim (BI).







Terima kasih kepada semua terutama pelajar kerana memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan program ini.  Terima kasih juga atas kerjasama yang diberi oleh UBK SMKANI.  Diharapkan program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi dimasa hadapan.  Selamat Maju Jaya untuk semua pelajar SPM 2011.  Kejayaan 11A+ dalam genggaman. Insyaallah.

For more pictures go to :  Saodah Ajil Facebook

MAJLIS IZIN ILMU PELAJAR SPM 2011

Majlis telah disempurnakan pada hari Khamis, 3 November 2011 bertempat di surau SMKANI.  Tujuan Majlis Izin Ilmu ini adalah sebagai formaliti guru merestui pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 14 November ini.


Pictures Credits to UBK SMKANI
Semoga pelajar dapat menghayati ucapan yang disampaikan oleh guru-guru didalam majlis ini.  Guru SMKANI semtiasa mendoakan kejayaan anda dalam SPM 2011. All the best!

October 28, 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 5





Gembiranya pelajar dapat mengadakan jamuan akhir tahun sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Sebagai menghargai jasa guru-guru yang telah mendidik mereka sejak dari Tingkatan 1 hingga 5 di SMKANI, semua guru dan kakitangan sekolah telah dijemput sama menjamu selera dengan pelbagai juadah yang sedap-sedap belaka..

PROGRAM MANASIK HAJI

Program Manasik Haji ini telah dilaksanakan pada hari Rabu 19 Oktober 2011 bermula jam 9.00 pg sehingga 1.00 tengah hari.  Semua pelajar Tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 3 telah menyertai program yang julung kali diadakan di SMKANI.  Oleh kerana hal-hal berkaitan ibadah Haji ini termasuk dalam sukatan pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah SPM, serba sedikit teori dan praktikal yang didedahkan dalam program ini akan dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar dan seterusnya membantu pelajar menjawab soalan SPM dengan lebih baik.




October 12, 2011

Peperiksaan Tambah Nilai Tingkatan 5

Peperiksaan Tambah Nilai untuk pelajar Tingkatan Lima sedang dilaksanakan bermula Rabu 12 Oktober 2011 sehingga 19 Oktober 2011.  Tujuan utama peperiksaan ini adalah untuk menilai prestasi semasa pelajar selepas Peperiksaan Percubaan dan selepas pelaksanaan jadual anjal dan kem-kem matapelajaran.



Diharapkan pelajar menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan dalam peperiksaan ini sebagai persediaan yang lebih mantap sebelum peperiksaan SPM November ini.  Kepada semua pelajar Semoga Berjaya.

September 28, 2011

40 HARI SEBELUM PEPERIKSAAN


Peperiksaan SPM tinggal 46 hari lagi. Berikut adalah tips yang pelajar boleh amalkan sepanjang tempoh 40 hari sebelum menghadapi peperiksaan. 

1. Meningkatkan amalan kerohanian dengan melaksanakan solat sunat seperti solat tahajud, solat hajat dan solat dhuha agar keadaan emosi dan perasaan pelajar lebih tenang dan yakin. Dalam tempoh masa ini dekatkanlah lagi diri dengan Allah. Banyakkan membaca Al Quran.

2. Menjaga hubungan dengan ibu bapa. Salam dan cium tangan mereka dan sentiasa mohon restu dari mereka. Mintalah ibu bapa mendoakan kejayaan kita.

3. Menjaga dan memperbaiki hubungan dengan guru dengan cara bertanya mengenai soalan yang tidak difahami. Mintalah nasihat guru mengenai persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Anggapkan guru sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

4. Menjaga kesihatan fizikal : Hindarkan daripada melaksanakan aktiviti fizikal yang keterlaluan kerana akan menjejaskan keadaan kesihatan seseorang dan seterusnya akan menjejaskan persiapan peperiksaan.

5. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang berkhasiat untuk minda seperti kismis.

6. Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan. Jika mereka cuba mempengaruhi anda dengan kegiatan yang membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak”. 


Jika pelajar mahu berjaya mereka perlu medisiplinkan diri dan tidak terikut-ikut dengan nafsu dan perasaan malas yang menguasai diri. Selamat berjaya!












September 26, 2011

PELAKSANAAN JADUAL ANJAL

Tujuan pelaksanaan jadual anjal adalah untuk memaksimakan penggunaan waktu persekolahan dengan aktiviti latih tubi soalan-soalan peperiksaan percubaan negeri lain.  Dengan ini diharapkan akan membiasakan pelajar dengan selok belok teknik menjawab soalan supaya pelajar berjaya mendapat markah yang cemerlang. Jadual anjal akan dilaksanakan selama  2 minggu. Tidak dapat dinafikan ada keburukannya, namun kebaikan pelaksanaannya adalah lebih banyak. Peluang perbincangan bersama guru dan rakan juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya.


Selepas pelaksanaan jadual anjal selama 2 minggu program Gempur Pecutan Akhir SPM 2011 akan dilaksanakan sepanjang Oktober. Program ini akan melibatkan Bengkel Matapelajaran mengikut kumpulan pelajar sasaran dan dilaksanakan pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu dan juga kelas malam. Mudah-mudahan SPM 2011 akan menjadi yang terbaik.

August 4, 2011

KEM AKADEMIK SPM (FASA II) pada 31 Julai - 1 Ogos 2011

Kem Akademik SPM Fasa 2 ini melibatkan 72 orang pelajar 5IBS, 5 IBR dan 5 IBK.  Program diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Ahad 31 Julai dan Isnin 1 Ogos 2011 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bukit Keluang Besut Terengganu. Slot pengisian akademik adalah Teknik Menjawab soalan SPM Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Cikgu Wan Fauzi Wan Muhammad (SMKPNZ) dan Perbengkelan matapelajaran PQS, PSI, FIZIK dan Matematik Tambahan. Objektif program adalah untuk membantu pelajar menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dengan lebih yakin dan boleh mencapai sekurang-kurangnya A- untuk subjek tersebut.




Diharapkan objektif program ini dapat dicapai dan direalisasikan dalan Peperiksaan Percubaan SPM yang akan bermula pada 8 Ogos ini.  selamat Menghadapi Peperiksaan untuk semua pelajar Tingkatan 5.

August 2, 2011

MULTAQA : TEMU MURNI SPM

Majlis Multaqa (Temu Murni) SPM telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari Ahad 24 Julai 2011.  Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan ucapan PK Pentadbiran Hj Azizol Rahman b Lope Pihie.  Selain daripada Majlis pertemuan ibu bapa dengan guru-guru SPM, pada Majlis tersebut juga seramai 9 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan Pertengahan Tahun (OTI1) telah menerima hadiah galakan wang tunai RM 50. 2 orang pelajar yang berjaya mendapat Straight A menerima wang galakan sebanyak RM70. Senarai pelajar Tingkatan Lima yang menerima hadiah :
1. Fatin Hamimi bt Abdullah (11A)
2. Wan Nur Atiqah bt Wan Jusoh (11A)
3. Rosnani bt Norizani (9A)
4. Wan Faezah bt Wan Muda (9A)
5. Wan Nur Ezzi Azrin bt Wan Zahari (9A)
6. Nursilmi bt Abdul Razab (8A)
7. Nur Nasuha bt Mohamad Sukri (8A)
8  Nur Faezah bt Mustaphar (8A)
9. Nur Zafirah bt Bazaredi (8A)



Pihak sekolah mengucapkan terimakasih diatas kerjasama kedua-dua pihak ibu bapa dan guru kerana menjayakan program ini.  Diharapkan program ini akan mencetuskan idea untuk terus membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak pelajar SMKANI.

July 20, 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH SPM

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM telah diadakan pada hari Sabtu 16 Julai 2011 di Dewan Makan Asrama SMKANI.  Program melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 seramai 154 orang bersama 4 orang guru.  Penceramah jemputan  program ialah Puan Hajah Abadah bt Abd Latif dari SMK Nasiruddin Shah. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan selesai 11.30 pagi.

Pn Hajah Abadah Abd Latif (SMKNS), penceramah jemputan

Bengkel Teknik Menjawab Sejarah SPM

Sebahagian pelajar Tingkatan 5 yang terlibat dengan bengkel

Pn Rosanita, guru Sejarah Tingkatan 5 bersama pelajar berbengkel

Pn Abadah memberikan teknik menjawab soalan Sejarah yang betul

Diharapkan program ini akan membantu pelajar menjawab dengan baik kertas Sejarah Peperiksaan Percubaan SPM tidak lama lagi.  Projek mengucapkan terima kasih pada guru-guru pembimbing Pn Faridah, Pn Wan Asiah, Puan Rosanita dan Puan Tengku Siti Zaleha yang sudi bersama-sama pelajar dalam program tersebut.  Terima kasih juga untuk Puan Hajah Wan Hasanah KP Sejarah kerana sudi memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini.

July 12, 2011

SEMINAR KECEMERLANGAN FIZIK SPM

Seminar Kecemerlangan Fizik telah dilaksanakan pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di Bilik APD SMKA Nurul Ittifaq.  Program ini telah disertai oleh seramai 80 orang pelajar SMKANI dan penceramah jemputan adalah Encik Noormi b Ramli, Guru Pakar Fizik dari SMKA Sheikh Abdul Malek.
Encik Noormi b Ramli, guru pakar Fizik SMKA SHAM

Seramai 80 pelajar aliran sains menghadiri seminar

Tekun mendapatkan ilmu untuk cemerlang Fizik SPM


Saudari Madihah Mat, pengerusi majlis
Diharapkan program ini akan membantu pelajar mengenali teknik dan kaedah betul menjawab soalan Fizik Kertas 2 dan 3.  Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada Cikgu Noormi kerana sudi memenuhi jemputan kami.  Mudah-mudahan SPM 2011 akan menghasilkan keputusan Fizik yang lebih baik berbanding tahun tahun lepas. Insyaallah.

June 2, 2011

KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM

Kem motivasi ini telah diadakan di ILIM Wilayah Timur BESUT pada 27 dan 28 Mei 2011. Seramai 80 orang pelajar yang terlibat menyertai kem adalah pelajar dari Tingkatan 5 IBNU TAIMIYYAH, 5 IBNU QAIYYIM dan 5 IBNU JARIR. 

Penceramah Motivasi jemputan Encik Azlizam

Pelajar lelaki yang mengikuti kem..
Selain daripada SLOT MOTIVASI pelajar juga terlibat dengan slot akademik yang melibatkan matapelajaran BIOLOGI, PRINSIP PERAKAUNAN, PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH DAN BAHASA INGGERIS.  


Sebahagian pelajar perempuan yang mengikuti kem..

Slot Motivasi bersama penceramah jemputan

Slot Motivasi : Hala Tuju Selepas SPM


Slot dikendalikan Pn Junita bt Ahmad (BIOLOGI), Pn Noor Aizan bt Che Pa (PSI), Pn Azhana bt Hashim (BI) dan Pn Rosmawati bt Zakaria (PA).  Slot Motivasi dikendalikan oleh Kaunselor En. Nor Azman b Ibrahim dan penceramah jemputan En Azlizam (Kaunselor SMK Tembila).


Pn Azhana Hashim mengendalikan slot Bahasa Inggeris

Diharapkan Kem Motivasi Kecemerlangan SPM ini akan meningkatkan lagi semangat juang pelajar untuk mencipta kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011.  SMKANI Sekolah Berprestasi Tinggi Menjelang 2014.

May 30, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM DALAM CUTI

Program kecemerlangan SPM dalam cuti ini adalah salah satu usaha untuk memberi motivasi belajar dan pendedahan teknik berkesan menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Percubaan dan juga peperiksaan SPM sebenar.

Antara program yang dirancang oleh Pasukan Projek SPM sepanjang Cuti Pertengahan Tahun MEI dan JUN  2011 ialah :

1. KELAS BIMBINGAN pada 27-29 MEI 2011  Masa : 8.30 pg - 1.00 tgh
Kelas dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan melibatkan semua pelajar Tingkatan 5. 

2. KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM diadakan di ILIM Wilayah Timur BESUT pada 27 dan 28 Mei 2011.  Kem ini melibatkan seramai 80 orang pelajar yang dipilih dari Tingkatan 5 IBNU TAIMIYYAH, 5 IBNU QAIYYIM dan 5 IBNU JARIR. 

3. KELAS TUISYEN STAR  : 30  MEI - 1 JUN 2011 melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 5.

4. KEM CEMERLANG SAINS SPM : 30 MEI 2011 melibatkan pelajar 5 IBQ dan 5 IBJ. Kem diadakan di SMK Nasiruddin Shah..

5. SEMINAR DIDIK RAKYAT (SPM) : 7 dan 8 JUN 2011 melibatkan 15 orang pelajar terpilih. Program diadakan di IPG Sultan Mizan Besut.

Diharapkan dengan program yang dirancang ini akan meningkatkan kecemerlangan pelajar seterusnya menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.



May 14, 2011

BENGKEL PENULISAN BAHASA INGGERIS SPM KERTAS 1

Bengkel Penulisan Bahasa Inggeris Kertas 1 SPM diadakan di MRSM Kota Putera Besut dan dikendalikan oleh Puan Azalina bt Mohd Yusoff Guru Pakar Bahasa Inggeris dari SMS Tg Muhammad Faris Petra Kelantan.  Seramai 10 orang pelajar SMKANI telah dihantar untuk mengikuti bengkel tersebut.  Diharapkan bengkel ini dapat membantu pelajar memperkemaskan lagi kreativiti penulisan mereka dalam Kertas 1 Bahasa Inggeris SPM 2011 nanti. Projek Kecemerlangan juga akan mengadakan bengkel yang sama untuk semua pelajar SPM 2011 dalam masa terdekat ini.



May 7, 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (OTI1)

Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Lima akan bermula pada hari Ahad 8 hb Mei sehingga 24 hb Mei 2011.  Guru-guru Pasukan Projek mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar. Mudah-mudahan keputusan yang akan pelajar peroleh dalam Peperiksaan OTI1 ini akan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.  Siapkan diri dengan persiapan yang ckup mantap dan rapi.  Jangan sekali-kali mengharap tuah dan rezeki datang bergolek tanpa kita berusaha bersungguh-sungguh.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

PROGRAM MOTIVASI RABBANI

Program Motivasi untuk semua pelajar Tingkatan Lima ini telah dikendalikan oleh Penceramah Motivasi terkenal dari E IPRO Resources Ustaz Zahidin b Mahmood pada hari Selasa 3 Mei 2011 di Dewan Asrama SMKANI dari jam 8.30 - 10.30 pagi..  Program yang menyentuh perasaan ini bertujuan untuk mendidik serta membuka hati dan minda pelajar SPM bahawa menuntut ilmu itu adalah dituntut dalam Islam.  Maka hendaklah ikhlas menuntut ilmu kerana Allah Taala. Itu adalah satu daripada tips penting yang membawa kejayaan dalam hidup seseorang.







Diharapkan program motivasi kerohanian seperti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang.

 More pictures on Motivasi Rabbani < click here >