November 20, 2010

10 petua hadapi peperiksaan

Majlis Izin Ilmu telah pun disempurnakan pada 15 November 2010.  Peperiksaan SPM akan bermula pada hari Selasa 23 November 2010.  Usah panik apabila masuk dewan peperiksaan kerana ia akan membuatkan calon lupa 50 peratus apa yang telah dipelajari sebelumnya.

Pakar Motivasi Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad telah memberi panduan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir  (www.bicaraguru.com). Berikut adalah petua-petua saat akhir menghadapi peperiksaan yang mungkin berguna untuk pelajar.


Jangan panik
Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

Banyakkan pembelajaran secara output learning
Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi
Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

Nota ringkas
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

Pemakanan berkhasiat dan seimbang
Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

Kawal emosi
Elak terlibat dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

Banyakkan berdoa dan bersolat
Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

November 5, 2010

Program Pecutan Akhir SPM 2-4 November 2010

Program yang mengambil masa 3 hari telah berjalan dengan lancar. Program ini juga disertai oleh 4 orang pelajar pilihan SMK Seri Bukit Puteri.  Diharapkan dengan Bengkel ini dan motivasi Encik Osman Affan akan menaikkan semangat pelajar SPM 2010 untuk berjaya mendapatkan keputusan yang sangat cemerlang kelak.
Encik Osman dengan Slot Mengatasi Halangan Minda

Bengkel Prinsip Akaun di Dewan SMKANI


4 orang pelajar SMKBP yang turut serta dalam Bengkel PA

Puan Fauziah Hanim guru cemerlang SMA Maarif mengendalikan Bengkel PA

Program Motivasi dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Faiq dan dipengerusikan oleh Mohd Adham 

Motivator Encik Osman Affan mengendalikan slot Tenang menghadapi Peperiksaan

Seramai 225 orang pelajar SPM dan STPM yang terlibat dengan program sedang khusyuk mendengar motivasi.

Program diadakan di Dewan Makan Asrama yang baru


Program kecemerlangan seterusnya adalah Majlis Izin Ilmu yang akan diadakan pada 15 November 2010 di dewan Asrama SMKANI.

October 31, 2010

KEM AKADEMIK DAN MOTIVASI PEPERIKSAAN SPM 2010

Hanya tinggal 23 hari lagi peperiksaan SPM bermula. Untuk pelajar SPM program yang dirancang di ILIM tidak dapat dilaksanakan kerana masalah tempahan tempat telah penuh.  Bagaimanapun program kecemerlangan SPM akan diteruskan di sekolah dari 2-4 November 2010. Bengkel selama 2 hari lebih menekankan subjek potensi A. Motivasi peperiksaan akan dikendalikan motivator terkenal iaitu Encik Osman Affan. Jadual pelaksanaan telah diedarkan kepada guru terlibat dan setiap kelas. Berikut adalah jadual pelaksanaan program Pecutan Akhir SPM 2010 Fasa III  :


PROGRAM GEMPUR PECUTAN AKHIR SPM 2010
BENGKEL AKADEMIK DAN MOTIVASI PEPERIKSAAN
2 – 4 NOVEMBER 2010
TEMPAT : DEWAN MAKAN ASRAMA


TARIKH/
HARI
TINGKATAN
SLOT 1
SLOT 2
SLOT 3
SLOT 4
7.45-9.15
9.45-11.15
11.45-1.15
1.45-3.15


2 NOV 2010
SELASA
5 IBS
FIZIK
MT
PSI
5 IBR
MT
PQS
BIOLOGI
SEJ
5 IBK
KIMIA
TMK
PQS
5 IBT

*SEJARAH
PQS
KIMIA
5 IBQ
BAT
MT
5 IBJ


BI
PQS



3 NOV 2010
RABU
5 IBS
KIMIA
BI
BAT
PQS
5 IBR
KIMIA
BAT
BIOLOGI
BI
5 IBK
SEJ
MT
BI
5 IBT
FIZIK
BI
MT
5 IBQ
7.45 – 9.45
MM
10.15 – 1.15
PRINSIP AKAUN
EA
5 IBJ
SAINS







4 NOV 2010
KHAMIS


SEMUA PELAJAR
SLOT 1
8.00-9.00
SLOT 2
9.00-10.00
SLOT 3
10.00-10.30
SLOT 4
10.30-12.45
MOTIVASI : TENANG MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN
OLEH : EN OSMAN B AFFAN
PSIKOLOGI PEPERIKSAAN & PUNCA TEKANAN PERASAAN
HAPUSKAN HALANGAN MINDA
REHAT
TIPS BELAJAR SAAT AKHIR


* IKUT KUMPULAN 
++  makan disediakan selepas slot 2 berakhir 

Semua A+ Matlamat Kami.

October 10, 2010

PROGRAM GEMPUR PECUTAN AKHIR SPM 2010

Tahniah kepada 12 orang pelajar yang telah terpilih mengikuti Kem Akademi SPM anjuran JPNT di ILIM Bukit Keluang bermula pada 8 Oktober dan berakhir pada Isnin 11 Oktober 2010.  Diharapkan pelajar yang terpilih tersebut akan berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang lain di sekolah.
Projek kecemerlangan SPM yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Oktober dan November ini adalah seperti berikut :

1. SABTU 9 OKT 2010  : BENGKEL SKOR A PSI  (JAM 8.30 PG - 1.00 PTG)
2. AHAD 10 OKT 2010 : SEMINAR TEKNIK MENJAWAN PQS (JAM 9.00 PG - 11.00 PG)
3. SELASA 12 OKT 2010 : BENGKEL SKOR A BAHASA ARAB TINGGI (7.45 PG - 1.15 PTG)
4. RABU 13 OKT 2010 : BENGKEL SKOR A PQS  (JAM 7.45 PG -  12.45 TGH)
                                        MOTIVASI BERSAMA BSN  (1.45 PTG - 3.15 PTG)
5. SABTU 16 OKT 2010 : SEMINAR TEKNIK MENJAWAB TMK (9.00 PG - 11.00 PG)
6. ISNIN 18 OKT 2010  : BENGKEL SKOR A MATEMATIK TAMBAHAN / MAT
7. KHAMIS 21 OKT 2010  : BENGKEL SKOR A FIZIK / BIOLOGI / SAINS (7.45 - 1.15 PTG)
8. ISNIN & SELASA 25-26 OKT 2010 : KEM AKADEMIK (I) DI ILIM (8.00 PG - 4.30 PTG)
9. ISNIN & SELASA 2-3 NOV 2010 : KEM AKADEMIK (II) DI ILIM (8.00 PG - 4.30 PTG)
10. AHAD 14 NOV 2010  : MAJLIS IZIN ILMU 9.00 PG - 11.00 PG

Diharapkan pelajar sentiasa melihat papan kenyataan untuk mendapatkan maklumat tentang sebarang program. 

SEMUA A+ MATLAMAT KAMI.  SMKANI BOLEH!

September 28, 2010

PROGRAM AKADEMI SPM SIRI 1/2010

JPNT akan menganjurkan program Akademi SPM kepada pelajar mampu cemerlang SPM 2010 sebagai satu usaha untuk melahirkan pelajar terbilang negeri Terengganu. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Terengganu.  Seramai 25 orang telah dicalonkan oleh sekolah untuk mengikuti program ini. Seramai 7 orang pelajar berjaya terpilih untuk mengikuti Program Akademi Siri 1yang akan diadakan pada 29 September  hingga 2 Oktober 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia Cawangan Timur (ILIM) Besut Terengganu.  Setiap siri akademi menawarkan kombinasi tiga matapelajaran dan pelajar yang dipilih adalah berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan OTI2.  Pemilihan pelajar dan kombinasi matapelajaran ditentukan oleh penganjur.
Berikut adalah nama pelajar yang terpilih untuk mengikuti Kem Akademi SPM Siri 1 yang melibatkan subjek Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia :
1. Fatin Nadiah bt Abd Aziz (5 IBS)
2. Norsyafika bt Hassim (5 IBS)
3. Fatin Nabilah bt Abd Aziz (5 IBS)
4. Nik Muhammad Abu Bakar b Mohd Razak (5 IBK)
5. Siti Nasuha bt Johan ( 5IBS)
6. Wan Najibah Hanim bt Wan Abd Razak (5 IBS)
7. Muhammad Zulfathi b Yahaya (5 IBS)

SEMUA A+ MATLAMAT KAMI. SMKANI  BOLEH!

September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pasukan Projek SPM SMKANI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat khususnya pelajar dan guru-guru SPM SMKANI.  Sama-sama kita bermaaf-maafan, ambil yang jernih buang yang keruh.  Kepada pelajar isilah masa cuti yang panjang itu dengan aktiviti yang bermanfaat. SPM tidak lama lagi.  Projek kecemerlangan SPM akan meneruskan program selepas buka sekolah. Pelajar harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi detik-detik menghampiri tarikh peperiksaan SPM pada 22 November nanti. SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATIN.