January 18, 2011

Selamat Datang kedalam Pasukan Projek SPM 2011

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 2011, diucapkan selamat datang kedalam Pasukan Projek SPM 2011. Semoga dengan kehadiran saudara/i akan membawa momentum baru dalam melonjakkan lagi kecemerlangan di SMKA Nurul Ittifaq. Buat para pelajar SPM 2011 buatlah persedian seawalnya.  Guru-guru Projek SPM 2011 pula diharapkan dapat mendidik para pelajar dengan penuh dedikasi serta keikhlasan supaya mereka bukan sahaja mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik, bahkan cemerlang dari aspek akhlak serta iman.  Harapan Pasukan Projek SPM 2011 juga supaya pihak pengurusan sekolah dapat memberi sokongan padu kepada setiap program kecemerlangan SPM yang dirancang supaya visi & misi sekolah akan dapat direalisasikan.  Insya Allah, kerjasama erat semua pihak mampu mengekalkan tradisi kecemerlangan SMKANI sejak dahulu lagi.

0 comments:

Post a Comment