May 30, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM DALAM CUTI

Program kecemerlangan SPM dalam cuti ini adalah salah satu usaha untuk memberi motivasi belajar dan pendedahan teknik berkesan menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Percubaan dan juga peperiksaan SPM sebenar.

Antara program yang dirancang oleh Pasukan Projek SPM sepanjang Cuti Pertengahan Tahun MEI dan JUN  2011 ialah :

1. KELAS BIMBINGAN pada 27-29 MEI 2011  Masa : 8.30 pg - 1.00 tgh
Kelas dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan melibatkan semua pelajar Tingkatan 5. 

2. KEM MOTIVASI KECEMERLANGAN SPM diadakan di ILIM Wilayah Timur BESUT pada 27 dan 28 Mei 2011.  Kem ini melibatkan seramai 80 orang pelajar yang dipilih dari Tingkatan 5 IBNU TAIMIYYAH, 5 IBNU QAIYYIM dan 5 IBNU JARIR. 

3. KELAS TUISYEN STAR  : 30  MEI - 1 JUN 2011 melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 5.

4. KEM CEMERLANG SAINS SPM : 30 MEI 2011 melibatkan pelajar 5 IBQ dan 5 IBJ. Kem diadakan di SMK Nasiruddin Shah..

5. SEMINAR DIDIK RAKYAT (SPM) : 7 dan 8 JUN 2011 melibatkan 15 orang pelajar terpilih. Program diadakan di IPG Sultan Mizan Besut.

Diharapkan dengan program yang dirancang ini akan meningkatkan kecemerlangan pelajar seterusnya menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.



May 14, 2011

BENGKEL PENULISAN BAHASA INGGERIS SPM KERTAS 1

Bengkel Penulisan Bahasa Inggeris Kertas 1 SPM diadakan di MRSM Kota Putera Besut dan dikendalikan oleh Puan Azalina bt Mohd Yusoff Guru Pakar Bahasa Inggeris dari SMS Tg Muhammad Faris Petra Kelantan.  Seramai 10 orang pelajar SMKANI telah dihantar untuk mengikuti bengkel tersebut.  Diharapkan bengkel ini dapat membantu pelajar memperkemaskan lagi kreativiti penulisan mereka dalam Kertas 1 Bahasa Inggeris SPM 2011 nanti. Projek Kecemerlangan juga akan mengadakan bengkel yang sama untuk semua pelajar SPM 2011 dalam masa terdekat ini.



May 7, 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (OTI1)

Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Lima akan bermula pada hari Ahad 8 hb Mei sehingga 24 hb Mei 2011.  Guru-guru Pasukan Projek mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar. Mudah-mudahan keputusan yang akan pelajar peroleh dalam Peperiksaan OTI1 ini akan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.  Siapkan diri dengan persiapan yang ckup mantap dan rapi.  Jangan sekali-kali mengharap tuah dan rezeki datang bergolek tanpa kita berusaha bersungguh-sungguh.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN.

PROGRAM MOTIVASI RABBANI

Program Motivasi untuk semua pelajar Tingkatan Lima ini telah dikendalikan oleh Penceramah Motivasi terkenal dari E IPRO Resources Ustaz Zahidin b Mahmood pada hari Selasa 3 Mei 2011 di Dewan Asrama SMKANI dari jam 8.30 - 10.30 pagi..  Program yang menyentuh perasaan ini bertujuan untuk mendidik serta membuka hati dan minda pelajar SPM bahawa menuntut ilmu itu adalah dituntut dalam Islam.  Maka hendaklah ikhlas menuntut ilmu kerana Allah Taala. Itu adalah satu daripada tips penting yang membawa kejayaan dalam hidup seseorang.







Diharapkan program motivasi kerohanian seperti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang.

 More pictures on Motivasi Rabbani < click here >