February 21, 2011

KEM BIMBINGAN HUJUNG MINGGU SPM

Kem Bimbingan Hujung Minggu akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu 25 dan 26 hb Februari 2011.Pelajar-pelajar Tingkatan 5 diwajibkan hadir mengikut jadual yang ditetapkan manakala pelajar Tingkatan 5 IBS hendaklah merujuk kepada Jadual Tuisyen STAR yang telah diedarkan.  Mudah-mudahan kem ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan demi meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar SPM 2011.


February 12, 2011

ANALISIS PENCAPAIAN SPM 2004-2009

Berikut adalah pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) dan pencapaian peratus Perfect Score Semua A pelajar SPM SMKANI dari tahun 2004-2009. Pencapaian GPS menunjukkan peningkatan kualiti manakala peratus pelajar mendapat Semua A juga meningkat.  Diharapkan pencapaian SPM 2010 akan lebih baik dengan sasaran GPS dibawah 3.00 selaras dengan visi sekolah SMKANI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.




February 11, 2011

Kelas Tambahan Petang Tingkatan 5

Kelas Tambahan Petang untuk semua pelajar Tingkatan Lima akan dilaksanakan setiap hari Isnin dan Rabu jam 3.30-4.30 petang  bermula pada 21 Februari ini.  Sehingga bulan Jun  Kelas Petang ini akan memberi tumpuan menghabiskan silibus.  Selepas Jun pula Kelas akan menumpukan latih tubi peperiksaan.  Kehadiran pelajar adalah diwajibkan.







February 1, 2011

Deklarasi Pelajar SPM 2011

Majlis Deklarasi Pelajar SPM telah disempurnakan di Dewan Makan Asrama pada hari Isnin 31 Januari 2011 jam 2.15 petang. Dengan dipimpin oleh Sdr Muhammad Asyraf bin Azman seramai 155 orang pelajar Tingkatan 5 telah melafazkan ikrar akur janji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM.  Perfect Score 11A+. Tidak ada perkara yang mustahil untuk dicapai jika disertakan dengan usaha yang sungguh-sungguh.