September 28, 2010

PROGRAM AKADEMI SPM SIRI 1/2010

JPNT akan menganjurkan program Akademi SPM kepada pelajar mampu cemerlang SPM 2010 sebagai satu usaha untuk melahirkan pelajar terbilang negeri Terengganu. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Terengganu.  Seramai 25 orang telah dicalonkan oleh sekolah untuk mengikuti program ini. Seramai 7 orang pelajar berjaya terpilih untuk mengikuti Program Akademi Siri 1yang akan diadakan pada 29 September  hingga 2 Oktober 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia Cawangan Timur (ILIM) Besut Terengganu.  Setiap siri akademi menawarkan kombinasi tiga matapelajaran dan pelajar yang dipilih adalah berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan OTI2.  Pemilihan pelajar dan kombinasi matapelajaran ditentukan oleh penganjur.
Berikut adalah nama pelajar yang terpilih untuk mengikuti Kem Akademi SPM Siri 1 yang melibatkan subjek Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia :
1. Fatin Nadiah bt Abd Aziz (5 IBS)
2. Norsyafika bt Hassim (5 IBS)
3. Fatin Nabilah bt Abd Aziz (5 IBS)
4. Nik Muhammad Abu Bakar b Mohd Razak (5 IBK)
5. Siti Nasuha bt Johan ( 5IBS)
6. Wan Najibah Hanim bt Wan Abd Razak (5 IBS)
7. Muhammad Zulfathi b Yahaya (5 IBS)

SEMUA A+ MATLAMAT KAMI. SMKANI  BOLEH!

September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pasukan Projek SPM SMKANI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat khususnya pelajar dan guru-guru SPM SMKANI.  Sama-sama kita bermaaf-maafan, ambil yang jernih buang yang keruh.  Kepada pelajar isilah masa cuti yang panjang itu dengan aktiviti yang bermanfaat. SPM tidak lama lagi.  Projek kecemerlangan SPM akan meneruskan program selepas buka sekolah. Pelajar harus bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi detik-detik menghampiri tarikh peperiksaan SPM pada 22 November nanti. SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR DAN BATIN.