August 26, 2010

Jadual Peperiksaan SPM 2010

Jadual Peperiksaan SPM tahun 2010 akan diedarkan sepada semua pelajar SPM selapas cuti Hari Raya. Walaubagaimanapun pelajar boleh melihat atau memuat turun jadual untuk semakan. Dengan jadual ini diharapkan pelajar pandai-pandailah mengurus masa untuk mengulangkaji dengan lebih efisien. Walaupun cuti Hari Raya panjang, diharap pelajar tidak terlalu enjoy, teruskan ulangkaji untuk cemerlang SPM!. 
Download > Jadual Peperiksaan SPM 2010

August 14, 2010

TIPS BELAJAR SAAT AKHIR..

Petua

[Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.


Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.










































































rehat

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.


Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

]Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.


Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih

August 13, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

Pelajar Tingkatan Lima akan menghadapi peperiksaan Percubaan SPM bermula pada 17 Ogos hingga 2 September. Semua guru pasukan Projek SPM 2010 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar. Kami mendoakan anda semua akan dapat menjawab soalan dengan cemerlang.  All the best!
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan...

August 12, 2010

KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2010

Kem motivasi dan kecemerlangan akademik untuk pelajar SPM SMKA Nurul Ittifaq telah diadakan selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Ogos 2010. Program diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (Wilayah Timur) di Bukit Keluang Besut Terengganu. Pada hari pertama Kem Smartsudy dikendalikan sepenuhnya oleh pengasasnya sendiri , seorang motivator dan jurulatih professioanal, Tn Osman b Affan.
Hari kedua diisi dengan slot Bengkel Menjawab Soalan Fizik dikendalikan oleh Guru Pakar Fizik Cg Sam Hun b Jusoh, Matematik oleh Cg Amran b Ibrahim (PKHEM SMKPNZ) dan Bahasa Inggeris Cg Mas Morni (SMKAWA). Hasil Soal selidik 100% pelajar berpuas hati dengan perjalanan kem terutamanya slot motivasi Smart Study yang telah membuka minda dan menyuntik semangat pelajar untuk merebut kejayaan dalam  SPM November nanti. Banyak juga permintaan supaya En Osman Affan dijemput lagi untuk motivasi sebelum peperiksaan sebenar SPM hujung tahun ini.







August 1, 2010

KEM MOTIVASI & KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2010

Kem Motivasi dan kecemerlangan akademik untuk pelajar SPM 2010 akan diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur Bukit Keluang Besut pada 3 dan 4 Ogos 2010. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka selesai pada pukul 5 petang.  Semua pelajar SPM SMKANI seramai 149 orang terlibat dengan program ini. Pengisian hari pertama sepenuhnya Kem Motivasi SmartStudy yang akan dikendalikan oleh Tn Osman b Affan seorang professional trainer yang mengasaskan teknik memori SmartStudy. Diharapkan dengan program Smartstudy ini pelajar akan dapat mempelajari gaya belajar dan mengingat dengan betul dan seterusnya diaplikasikan sebagai menghadapi peperiksaan Percubaan SPM pada 17 Ogos ini.
Pengisian hari kedua Bengkel Fizik yang akan dikendalikan oleh Cg Sam Hun seorang Guru Pakar Fizik, Teknik menjawab Matematik dan Bahasa Inggeris.  Manakala pelajar Prinsip Akaun akan menyertai  bengkel Bahasa Arab dan Prinsip Akaun. Diharap pelajar dapat memberi tumpuan dan kerjasama. Ambillah peluang ini untuk memantapkan lagi kefahaman kita tentang ilmu yang telah dipelajari.

selamat menyerta kem!
HSemua A+ matlamat kami