January 15, 2010

MISI DAN VISI SMKANI



FALSAFAH SMKA

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana kea rah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan Negara.


OBJEKTIF SMKA

v     Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
v     Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
v     Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
v     Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
v     Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah.

MATLAMAT SMKA

v     Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam.
v     Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi.
v     Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.
v     Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara.

MOTO SMKA

Beriman, Berilmu, Beramal.
VISI SMKANI

SMKANI SEKOLAH CEMERLANG DALAM ASPEK AKADEMIK,
KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH MENJELANG 2010



MISI SMKANI

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI KEPADA PELAJAR UNTUK MELAHIRKAN INDIVIDU YANG CEMERLANG DALAM ASPEK AKADEMIK, KO-KURIKULUM DAN SAHSIAH BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN